NUFFNANG ADVERT

Monday, December 20, 2010

MENGHARGAI

Belajar dari pemerhatian dan pengalaman..ya benar saya mudah tersentuh dengan menda2 yang melibatkan budak kecik dan orang tua..lagi-lagi kalau baby memang cepat sangat tersentuh hati..

mesti pelik kenapa entry kali ni agak macam mendayu-dayu sikit setelah seminggu terhapdet blog kan..semalam masa saya dalam perjalanan datang kerja..saya tersempak dengan budak kecik yang maybe baru berusai 5 tahun kot dukung adik kecik dia yang juga mungkin umur setahun or dua tahun menangis..saya menoleh dua kali untuk kepastian..

adik yang kecik tu tak berselipar dan kakak dia sangat la kecik sudah boleh di harap untuk jaga adik..adik beradik dia ramai saya rasa 6 orang dan semua amsih kecik..

bila saya lihat keluarga dia orang dan dibandingkan dengan keluarga saya, saya rasa bersyukur sangat..ini merupakan pengajaran pada diri saya sendiri..

kalau kita rasa kita susah sebenarnya ada orang yang lagi susah daripada kita..
syukur padaMu YA ALLAH..

Monday, December 6, 2010

Mia qistina mekap..

Ini adalah hasilnya..

memula tu aku tak perasaan cos mia memang selalu main ngan hand bag aku..sumer menda yang ada sumer dia kuar kan..biasa la budak perempuan kan keinginan dia nak tahu tu mengatasi segalanya..hatta dlm hand bag aku tu macam menda ler ada..dah macam tong sampah bergerak pun ada..ya la ngan kulit gula2,pampers mia and adi yang dah bape tahun dok dalam hand bag tu..klu Awal Shaari selongkor macam dalam rancangan fuhhhh tu rasanya pengsan kot..

Aku masa tu dok dalam bilik..tetiba jer dengar suara ma aku"Da tengok anak mu habis doh dok main barang mekap mu.." Aku lak dengan lantangnya.."Mia!"
Dah selesai dah nampaknya aku punya lipstik abis dah conteng elok kat bibir dia and lipstik aku dah selamat di kejar kan oleh mia..haiiii
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 5, 2010

NATRAH


ok tis weak pergi tengok teater lak..pergi tengok Natrah..pergi dengan kak su n nurul..yang menjadi mangsa hantar kitaorang ada lah my hubby..thank u ya en sedi cos sudi hantar mummy ngan kekawan ya..aha kiranya hari ini turn en sedi la jaga anak aka mak saya jaga..hahha tak der maknanya kan..en sedi ngan mia pergi mid valey biar dua beranak tu pergi rongeng sana..pada mulanya nak bawa mia juga tapi budak kecik tak di benarkan masuk..dan nasib baik gak dia tak merengek sibuk nak ikut..

Masa on the way nak pergi Jammed teruk ingatkan dah tak sempat..tapi rupanya jammed sekerat jalan rupanya ada orang baiki..ayo yoyo tengah hari buta baiki jalan n hari minggu lak tu hilang akal apa..

Masa kat Istana budaya tu memang dah ramai orang beratur..aku pun memula tu terkial-kial gak kat mana pintu masuk ni..kak su lak melantik aku sebagai ketua rombongan..ahaks padahal aku pun tak pernah masuk pun Istana Budaya ni..ok kak saya akan pikul amanah akak tu,,huhu

Kitaorang tiga orang ni lak ala2 skema gitu..siap pakai baju kurung bagai macam cikgu sekolah lak...itu nurul la yang cakap..ya la takut dia orang tak bagi masuk..kan tak pasal2 kena patah balik so ambil langkah keselamatan baik ikut macam yang dia orang garis kan




sebelum memulakan teater so apa lagi ambil gambar..sila jangan tanya kenapa saya senyum ala-ala nak senyum tak nak senyum..hhehehehhe nampak sangat ke muka keterujaan saya ni..

Teater Natrah ni memang besh sangat wehh..habis jer teater tu semua bengkak mata..sedih sangat..apa-apa pun tahniah kepada semua yang menjayakan Natrah..

Monday, November 29, 2010

Wayang time

bawa adi dan mia pergi tengok wayang Rapunzel..kebetulan hari tu hari pertama tayangan citer tu..so penuh la ngan anak2 comel wif parent dia orang..

Ok macam mana tetiba terdetik kat hati ni nak pergi tgk wayang..ececeh ayat terdetik gitu..ok masa tu baru balik kije and daddy pun ada kat umah..masa tengah tengok tv tu ada iklan kuar citer Rapunzel (padahal dah dapat email pun pasal citer ni nak kuar) dan daddy dgn pantas cakap"jom kita pergi tgk wayang bawa anak sekali,kita tengok citer ni." dan mummy dengan pantas nya jom anak2 siap..auww agak tidak malu disitu..apa nak malu laki ku kan..kalau orang lain ajak mungkin la lambat sikit dia punya respond kan..so ari tu memag seronok sangat la dapat kuar satu famili kan..adi lak ni la 1st time dia tgk wayang..

Mia memula tu nak balik la apa la..tup tup bila dh start movie dia la yang paling kuat ketawa..adi la cool jer..pastu dah last2 nak abis tu dia nak menyusu la nak kuar la..dia dah mula boring..

Muka adi yang excited nak pergi tengok wayang..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Testing

Sy try post via email..harap ia nya menjadi..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha

Salam hari raya adiladha pada seluruh umat islam di seluruh dunia..sempena ngan hari raya korban yang mulia ni marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan Nabi Allah Ibarahim dan anaknya Nabi Ismail..ceweh mcm ustazah la plk..

Tahun ni raya korban aku tak bercuti cos raya posa ari tu dah bercuti sepenuh hati walaupun laki ku cuti aku kena lah bagi peluang pada orang lain yang xdapat balik berhari raya posa ari tu..

so the moral of story is bekerja la kita sekuatnya...ahaks

Saturday, November 13, 2010

MIA YANG DAH PANDAI KE TOILET

OK sebelum ni kat status fb ada citer nk ajar mia pergi toilet klu dia nk kencing ke apa ker yang sewaktu dengannya la kan..tapi time tu tak berjaya cos dia bagi tahu tapi yang dah selesai so aku pun fed up la asyik nak mengemop lantai jer kan so tak berjaya la..

dan hari ni sebelum aku datang kerja setelah sekian lamanya aku ajar dia sekali lagi..tapi dia lak ala-ala mengada mummy nak pakai pampers mcm adik..eii geram betul dia rasa selesa la tu..pastu aku cakap la ngan dia "mia kan besar nnti nak gi sekolah malu la kalau kat sekolah tgk mia sorang jer pakai pampers"..kira-kira gitu la dialog aku ngan mia..

baru jer tak sampai bape minit dia bagi tahu mummy nk kencing..so aku pun berlari2 la dukung dia gie toilet htr dia...ok berjaya..tup tup tak sampai sepuluh minit mummy nk kencing lagi...ermmm ni mesti kes nak main air ni..sekali lagi aku berlari2 gi htr dia toilet..n tok kali ketiga aku cakap daddy anak nk kencing htr jap..daddy siap cakap"ermmm anak daddy dah pandai dah"..jimat la daddy pas ni..hahaha

CERITA NAK AKHIR TAHUN...

ini gambar mai,daddy n adi..lupa lak adi masa ni bape bulan..tapi apa yang pasti masa ni belum bleh jalan lagi..sken ni adi dah setahun 5 bln dah besar ya anak mummy..mia dah nk masuk 3 taun tahun depan 2 jan thn depan genap la mia 3 tahun..walewahhh dah besar dah anak dara mummy ni ya..
Hahahahha ini adalah gambar cik su setelah di make over oleh aku..baru beli make up sebenarnya..so aku test la kat muka bdk ni dlu..kira dia ni jadi bahan uji kaji aku dlu sblm aku apply kat muka aku ni..make over ni juga tuk menguji sejauh mana kepandaian aku nk conteng muka orang ni..



ok gambar sebelah ni mia,tok abah and aku la tu masa xmas tahun lepas kat mid valey..apakah relevannya aku letak gambar tu lak sken ni..bukan apa sajer jer la ya lah xmas dah nak dekat so nnti mcm nk remind kan balik la kan yang gamabr ni dah hampir setahun rupanya..sila jangan ketawa ok..tertiba baru perasaan lak bila tgk mia pakai baju ni..aik kat mana ya baju ni sken..lama benar dah mia tak pakai ni..

itu lah serba sedikit citer nk dekat hujung tahun ni..sebenarnya banyak lagi nk tulis tapi mata dah mengantuk la pula..ok la tata