NUFFNANG ADVERT

Wednesday, April 7, 2010

biar kan ia pergi...

ahhh lama giler kan dah tak update blog kat sini..maaf saya tidak berkesempatan..hati saya tiba2 menjadi rindu yang amat sangat pada arwah nenek sy..dia telah pergi meninggalkan kami sekelurga pada 18/03/10..pemergian arwah meninggalkan kesan yang amat mendalam pada kami sekelurga dan terutama sekali pada aku..aku membesar dengan arwah..susah senang aku dengan dia..aku cucu yang paling manja dengan arwah..hari raya aidiladha semakin menjelang tiba maknanya sudah dua kali raya aku tidak sambut raya dengan arwah..yang pertama tu raya posa..masa raya posa ari tu aku pulang ke kampung..tapi suasananya tidak seindah dan seceria semasa arwah ada..aku ingat lagi semasa hayat beliau masih ada klu bagitahu jer kitaorg sumer nak balik kg maka dari pg sampai petang la dia akan tunggu kitaorg dekat muka pintu..pagi tu dia sibuk la beli macam2 terutama sekali petai cos my hubby suka makan petai n aku punya part dia akn beli buah mempelam cos dia tahu aku suka makan buah mempelam..

Klu tiba hari raya aku pasti dapat duit raya padahal aku dah kawen dia still lagu hulur..klu aku menolak senyap2 dia gie letak dalam purse aku..

Mok dirimu akan selalu dalam ingatanku..